SIARAN AKHBAR
(Untuk Siaran Segera)
“Encorp Project Indigenous” – Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Encorp Berhad
bersama dengan komuniti orang asli di Bukit Kala Batu 12, Gombak
KUALA LUMPUR – 27 April 2019: Encorp Berhad (Encorp) menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama dengan komuniti orang asli di Bukit Kala Batu 12, Gombak. Bermatlamat untuk membantu golongan daripada komuniti bagi meringankan beban mereka dari segi pendidikan.
Mengulas berkaitan penganjuran program ini, Pengerusi Encorp Berhad, Tuan Haji Hussein Bin Ismail berkata, “Sebagai entiti korporat yang perihatin, menjadi tanggungjawab Encorp untuk turut serta dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada golongan daripada komuniti orang asli. Di Encorp Berhad, kami percaya setiap rakyat berhak mendapatkan pendidikan untuk meghasilkan modal insan yang berketrampilan. Oleh itu, program ini diharapkan dapat menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan yang
memerlukan.”
Program ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang disertai seramai 120 komuniti orang asli. 30 orang sukarelawan kakitangan Encorp yang terlibat secara langsung berganding bahu membuat persiapan serta diberi peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi.
Program ini berobjektifkan untuk memberi bantuan kewangan kepada kanak-kanak dalam komuniti orang asli bagi bayaran kelas tambahan Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan 18 keluarga dalam komuniti orang asli untuk bayaran tahunan PIBG 2019. Kelas tambahan Tahun 6 berlangsung sepanjang tahun 2019. Encorp Behad telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,350.00 kepada pihak Sekolah Kebangsaan Gombak Utara.
Selain itu, pihak Encorp Berhad turut memperuntukkan sebanyak 120 set keperluan asas yang terdiri daripada set kertas ramalan UPSR, alat tulis sekolah dan permainan minda. Set keperluan asas ini akan diberi kepada kanak-kanak golongan asli yang menetap di Bukit Kala Batu 12, Gombak.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Suhaimi Bin Along, yang merupakan Pengerusi MPPKOA Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak turut serta ialah pihak pengurusan Encorp yang bersama-sama meraikan sambutan hari jadi untuk kanak-kanak dari komuniti orang asli di Bukit Kala Batu 12, Gombak dengan dimeriahkan lagi dengan acara memotong kek.
– TAMAT –
Encorp Berhad (ENCORP)
Encorp adalah merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan. Ketika ini Encorp bergiat dalam tiga perniagaan terasnya, iaitu; Pembangunan Hartanah, Pengurusan Fasiliti dan Pusat Membeli Belah. Dengan berpegang pada misi transformasinya Good to Great, Encorp beriltizam untuk memperkayakan kualiti hidup dan menjana nilai bagi semua pemegang kepentingannya. Nilai teras Encorp pula tertumpu kepada pengamalan beretika, membina hubungan dengan pelanggan, mencapai kejayaan serta pembelajaran berterusan.
Untuk pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi:
Puan Amirah Aliah Azlan
Eksekutif Kanan, Hal Ehawal Korporat dan Perhubungan Pelabur
Tel: 03-6286 7789 / 012 368 8359
Fax: 03-6286 7799
Email: amirah@encorp.com.my
Tarikh : 27 April 2019
Oleh : Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Pelabur, Encorp Berhad