Skip to main content

ENCORP FOODBANK KONGSI BERSAMA

By November 19, 2019June 2nd, 2022Media Highlights
Siaran Akhbar

“ENCORP FOODBANK KONGSI BERSAMA”
– PROGRAM TANGGUNGJAWAB
SOSIAL KORPORAT (CSR) UNTUK KOMUNITI KOTA DAMANSARA

KOTA DAMANSARA, SELANGOR – 19 November 2021 – Encorp Berhad (Encorp) menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan inisiatif Encorp Foodbank Kongsi Bersama bagi meringankan beban dan membantu golongan Kota Damansara yang memerlukan di waktu pandemik ini.

Mengulas berkaitan penganjuran program ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encorp Berhad, Encik Hazurin Bin Harun berkata, “Menjadi tanggungjawab Encorp untuk turut serta dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan terutamanya di komuniti Kota Damansara. Kami percaya setiap rakyat wajib melakukan tanggungjawab mereka untuk membantu komuniti. Bermula dari hasil usaha kakitangan Encorp yang mengeluarkan hasil pendapatan mereka sendiri telah berjaya merealisasikan program Encorp Foodbank Kongsi Bersama yang masih diteruskan sehingga hari ini.”

Bermula dari bulan Julai tahun ini, Encorp telah mengenal pasti dan membantu seramai 291 isi rumah di Kota Damansara yang terkesan di waktu pandemik dari segi barangan keperluan harian seperti beras, garam, gula, sos makanan, tepung gandum, minyak masak, air minuman dan telur. Selain itu, seramai 77 kakitangan Encorp telah terlibat dengan mengumpul barangan seberat 151 kg untuk di kitar semula. Pendapatan yang diperolehi daripada program Encorp Recycling Campaign yang di kitar semula di pusat IPC Recycling & Buy Back Centre pada 8 November 2021 telah disalurkan ke inisiatif Encorp Foodbank Kongsi Bersama.

Encorp juga akan memperkembangkan inisiatif Encorp Foodbank Kongsi Bersama ini supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga di Kota Damansara yang telah terkesan susulan waktu pandemik ini. Perubahan hanya akan berlaku jika semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk menjayakannya. Jika ada yang berminat untuk turut serta dengan program ini dari segi sumbangan barang keperluan asas, amat kami mengalualukannya.

– TAMAT –

Encorp Berhad (ENCORP)
Encorp adalah merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan. Ketika ini Encorp bergiat dalam tiga perniagaan terasnya, iaitu; Pembangunan Hartanah, Pembinaan dan Pusat Membeli Belah. Dengan berpegang pada misi transformasinya Good to Great, Encorp beriltizam untuk memperkayakan kualiti hidup dan menjana nilai bagi semua pemegang kepentingannya. Nilai teras Encorp pula tertumpu kepada pengamalan beretika, membina hubungan dengan pelanggan, mencapai kejayaan serta pembelajaran berterusan.

Untuk pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi:

Tuan Muhammad Arif Bin Abdul Kahar
Eksekutif, Korporat Komunikasi
Tel: 03-6286 7789 / 012 934 1939
Fax: 03-6286 7799
Email: arif.kahar@encorp.com.my

Tarikh : 19 November 2021
Oleh : Jabatan Korporat Komunikasi, Encorp Berhad